PERATURAN PSS

• Pelajar diminta senyap apabila mengunjungi PSS
• Pelajar mesti berpakaian uniform sekolah atau T-shirt kokurikulum sekolah sewaktu berada di PSS.
• Pelajar tidak dibenarkan makan, minum dan membuat bising di dalam PSS.
• Pelajar perlu meletakkan beg, botol air dan buku di rak almari yang terletak di luar PSS
• Pelajar yang ingin fotostat, binding, laminating dan membeli buku nilam perlu berurus dengan pegawas PSS yang sedang bertugas dan tidak dibenarkan masuk ke bilik Guru Media.
• Kerusi perlu dimasukkan kembali ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
• Kad Pintar PSS dikenakan bayaran sekali sahaja iaitu RM 2.00. Kad PSS tidak boleh dipindah milik. Sekiranya hilang, bayaran RM 5.00 dikenakan untuk kad yang baru.
• Sekiranya buku PSS hilang, perlu mengantikan buku yang baru atau pembayaran harga buku tersebut.
• semua buku perlu ditunjukkan kepada pengawas PSS untuk diperiksa sebelum keluar dari PSS
• Semua buku dan bahan-bahan di PSS perlu diletakkan semula ke tempat asalnya selepas digunakan.
• Surat akhbar tidak boleh dibawa keluar dari PSS dan perlu dikembalikan ke tempat asal selepas dibaca.
• Guru yang membawa pelajar-pelajar perlu mengawal disiplin serta memastikan kebersihan dan kekemasan dijaga selepas menggunakannya.
• Semua pengunjung PSS perlu menuliskan nama pada buku yang disediakan.
• Pengguna Pusat Akses PSS mesti mematuhi peraturan berikut bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan computer:

#Dilarang memakai kasut ke dalam Pusat Akses PSS.
#Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses PSS
#Dilarang mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
#Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer ( hilang).
#Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log yang terletak di atas CPU.
#Dilarang masuk semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru

No comments:

Post a Comment