Wednesday, August 21, 2013

MAJLIS PERPISAHAN TAHUN 2013

KEPADA: Para pengawas SESI PAGI


Dimaklumkan satu majlis perpisahan akan diadakan pada 25/8/2013 (Sabtu) bertempat di KFC LUMUT SITIAWAN pada pukul 6pm hingga 8pm. Semua pengawas perpustakaan sesi pagi dikehendaki menghadir.. RM 10 akan dikutip dari Tingkatan3 dan 4 untuk menjayakan aktiviti ini.

Thursday, January 10, 2013

Attention For All Librarians In Morning Section

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN SESI PAGI !!!


Dimaklumkan satu perjumpaan akan diadakan pada hari Jumaat ini iaitu 11 Jan 2013 pada pukul 12.30pm bertempat di PERPUSTAKAAN sekolah.Semua AHLI dan AJK diwajibkan hadir..!

Friday, August 12, 2011

MATLAMAT

- Melaksanakan pengurusan PSS yang cekap, telus dan mesra pengguna.
- Memastikan peralatan dan bahan PSS sentiasa cukup dan sesuai.
- Menwujudkan budaya gemar membaca, kemahiran pembelajaran kendiri dan amalan belajar sepanjang hayat di kalangan guru dan pelajar
- Membudayakan penggunaan serta penghasilan bahan bantu mengajar dalam proses P&P.
- Menyediakan persekitaran PSS yang kondusif, ceria, bersih dan selamat.

VISI & MISI

# VISI

MEMBENTUK WARGA SEKOLAH YANG GEMAR MEMBACA, MENYANJUNG ILMU DAN MENGHARGAI MAKLUMAT.

# MISI

BERFUNGSI SEBAGAI NADI PENGGERAK KECEMERLANGAN SEKOLAH MELALUI PENGUMPULAN, PENYEBARAN DAN PENGHASILAN SUMBER MAKLUMAT BERDASARKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN.

# MOTTO

PUSAT SUMBER SEKOLAH MENJANA GENERASI BERMAKLUMAT

PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan suatu pusat pengumpulan, penyebaran dan penghasilan bahan sumber maklumat. PSS mempunyai koleksi bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Koleksi bahan ini adalah dalam bentuk buku fiksyen, buku bukan fiksyen, buku rujukan, buku rujukan bertanda merah, surat khabar, majalah dan bahan bukan buku seperti carta, model, peralatan dan perisian.
Pusat Sumber ini terletak di tingkat satu bangunan dewan besar sekolah. Pusat Sumber ini mempunyai keluasan sembilan kor. Bahagian-bahagian fizikalnya terbahagi kepada Bilik internet, Bilik ulangkaji yang berhawa dingin, Bilik buku, Tempat kerja pengawas PSS bertugas, Ruang karel, Ruang majalah & akhbar,
Sudut professional.

Wednesday, October 6, 2010

Lokasi PSS

PSS Nan Hwa terletak di tingkat atas dewan sekolah.

Bahagian dalam Pusat Sumber

Bengkel Pembinaan blog PSS (5-6/10/10)

Bilik Multimedia PKG Sitiawan